Sunday, 27 January 2013

aku tidak dapat melupakanmu


Ahad, 27 Januari 2013...Hampir seminggu aku tinggalkan dia..aku tahu dia sudah mempunyai kehidupannya sendiri..aku tahu dia milik orang lain...tetapi hatiku bagaikan susah untuk melupakan dia dalam hidup aku..setiap saat aku memikirkan tentang dia..kenapa hati ini rasa rindu dan sayang padanya lagi..aku tahu cinta aku bukan untuknya lagi..walaupun sekarang ini kita hanya sahabat,tetapi aku merasakan kisah silam kita membuatkan perasaan itu lebih dari seorang sahabat..aku redha dengan ketentuan-Nya..aku hanya mampu berdoa kau bahagia dengan pilihan hatimu..aku tahu hati ini sukar melepaskanmu,tetapi aku ingin kau hidup bahagia..biarlah aku yang menderita dari melihatmu sengsara..cintaku padamu tetap aku tidak lupakan..biarlah ia menjadi kenangan untuk selama-lamanya..

Friday, 18 January 2013

tamatnya sebuah percintaan


Sabtu,19/01/2013..aku membuat satu keputusan yang besar buat kali kedua..aku membuat keputusan untuk meninggalkan dia..aku tidak mahu banyak masalah yang akan timbul jika aku bersama dia..aku harap keputusan ini akan selesaikan semuanya..walau berat hati ini untuk melepaskanmu,tetapi aku terpaksa lakukannya demi kebaikkan kita..mungkin lepas ini hubungan kita tidak macam dulu..tetapi kita tetap berkawan sampai bila-bila..janganlah disebabkan hal ni kita bermusuhan..aku tetap berkawan denganmu..aku doakan kejayaanmu..semoga kau bertemu dengan lelaki yang lebh baik dari aku..kenangan manis bersamamu sentiasa terpahat di dalam hatiku..

Ikhlas dariku,
Acap sam